Tuesday, April 11, 2006

Keutamaan : Kualiti dan Kuantiti

Lahiriah dan secara terang terangan kita mahukan sesuatu berkualiti. Kuantiti kita tolak tepi. Buat apa bilangan yg banyak tapi mutunya begitu mengecewa.

Contoh. Kita solat sekadar melepaskan batuk ditangga. Bila tangan diangkat takbir memulakan solat, fikiran memula menerawang ingatkan kisah dunia. Ini kah kualiti kita?

Lihatlah umat Islam sekarang. Hampir 1/3 dunia adalah penganut Islam. Tapi siapa yg kuasai dunia dan ekonomi kita sekarang? Dimana kualiti kita sbg org Islam yg ramai dan berjaya dalam kuantitinya.

Kita sedar semua ini. Malah kita mmg tahu. Cuma kita buat tak tahu. Kita buat tak ambil peduli. Kitalah antara yg tiada kualiti.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home