Friday, July 28, 2006

Jemaah

Jemaah Satu.
Aku ckp kat keli. Jauh gak bukit jalil nak ke Wisma SPK. Lepas opis aku gerak, dekat2 time maghrib nanti aku amik kau. Keli ckp.. ish mate, kau maghrib kat mana nanti? Aku balas.. ini Malaysia la mate. Malaysia byk tempat solat. Surau n Mesjid berlambak. Yg tak banyak penghuni dalam surau or mesjid tuu.. Jemaah.

Jemaah Dua.
Israel gelakkan kita. Kata mereka.. toksah berangan laa nak amik Baitulmuqaddis kalau tiang masjid lagi banyak dari bilangan org berjemaah solat subuh. Israel berkata lagi. Lutut kami akan bergetar ketakutan apabila bilangan jemaah solat subuh seperti org solat Jumaat ramainya.

Jemaah Tiga.
Salahudin Al Ayubi. Islamic Warrior. Apabila kesemua askar2 berkobar2 untuk mendapatkan Baitulmuqaddis, beliau hanya memilih mereka yg solat berjemaah sahaja untuk berperang menawan Baitulmuqaddis. Itu antara factor kejayaan beliau mendapatkan Baitulmuqaddis.

...
Jemaah dlm erti-kata lain.. bersatu dan bersama-sama melakukan sesuatu kerja. Mcm mana kita nak berjemaah nyek. Arab sendiri pun tak sekutu. Pak Lah - Mahathir pun tak sebulu. Kalau mcm ni sampai bila bumi Palestin mahu bebas. grrrrrrrr... *sumi start emo*

p/s: keli adalah kawan saya..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home