Monday, February 12, 2007

durjana

war crimes exhibition. aku harus beri tepukan pujian dgn kejayaan pameran ini. tahniah.

aku cuba imbas pameran yg berakhir semalam.



pameran bermula ngan gambar2 mangsa bom atom. mereka mati kerana dibom. bertahun-tahun mereka sengsara dan menderita kesan dari radioaktif. sapa punya angkara. amerika durjana.

pameran seterusnya. ujian2 nuklear negara2 dunia. utk apa ujian diadakan. utk mengerunkan negara lain. utk musnahkan manusia. pembunuhan bukan jalan penyelesaian keamanan. negara manakah yg paling byk melakukan ujian nuklear? amerika durjana.

pameran seterusnya. perang vietnam. penderitaan org vietnam. hidup dlm tanah. menggali hanya menggunakan tangan. hidup dan bergerak di dalam tanah. amerika dtg cuba bertindak hero. cuba beri keamanan. tapi mereka beri kesengsaraan kepada rakyat vietnam. amerika durjana.

next. palestin. sediamaklum, sudah terang dan bersuluh. angkara rejim2 israel. tanah palestin dirampas. ada gambar2 detik anak2 palestin dihalang utk pergi kesekolah. israel durjana, amerika duduk diam. bukan hanya berdiam malah menyokong. amerika durjana.

perang iraq. gambar kanak2 iraq. sekatan ekonomi yg buat mereka menderita. amerika dtg menjajah. kununnya Saddam penganas. Walhal merekalah yg raja pengganas dunia. amerika durjana.

tahanan abu gharib. paling tak perikemanusiaan. ditunjukkan segala gambar keganasan tahanan di situ. sedang askar amerika gembira melihat tahanan diseksa. amerika durjana.

.........


di sebuah kedai buku kat mesjid tabligh sri petaling. ada byk buku menghentam amerika. amerika durjana. amerika jahat. amerika pengganas yg sebenar. aku memerhatikan seorang pelanggan yg dtg melihat buku2 ini. dia amatlah bersetuju tentang buku2 berkenaan. tapi penjual buku itu menggeleng. kata si penjual buku, yg jahat bukan amerika. org2 amerika ada yg baik. ada muslim. sedangkan yg jahat adalah pemimpin mereka. kalau kita duduk di mekah tapi jahat mcm abu jahal pun tak guna juga. hermm satu pengajaran utk aku.....

kesimpulannya, amerika tak durjana. ketua-ketuanya yg durjana.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home