Thursday, March 22, 2007

bateri

jangka hayat bateri kereta paling kurang pun setahun.... sbb itu bila beli bateri keta ada warranty setahun.

aku perlu 'charging bateri' aku setiap hujung minggu. setiap hari isnin aku dpt energi full bar. masuk hari khamis (mcm hari ini...), aku dah mula layu. tinggal satu dua bar jerk. charger 'tertinggal' kat sg ular. :)

dulu...zaman aku belum mumayis.. aku pernah bertanya ayah kenapa kita mati. kata ayah... kita tak mati. kita hanya di rehatkan sementara. manusia pun mcm bateri. perlu di charge semula. setelah di charge, manusia akan hidup selama-lamanya. oooo... aku menangguk faham. walaupun sebenarnya masa itu tak berapa nak faham. nak tanya lebih takut kena pelempang. :)

jangka hayat bateri kereta paling kurang pun setahun.... sbb itu bila beli bateri keta ada warranty setahun. warranty tak valid kalau tak de resit. oleh itu simpan lah resit pembelian selama setahun. itu pengajaran untuk aku yg tidak simpan resit dan bateri keta 'kong' tak sampai setahun. S.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

papa jahat..

5:17 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home