Tuesday, June 12, 2007

Umrah

Terlalu banyak hendak di sembang pabila berjumpa kawan lama. Tetapi bersembang di surau adalah perkara yg tidak baik. "Korang dari kecik sampai dah tua, asyik nak memekak di surau..."

Hehehe.. sorry laa pak imam.. kami terlalu excited. Malam itu begitu meriah bila berjumpa kawan lama, sperti terasa esok mahu raya.

Ini lah kawan2 aku sewaktu kecil. Bersama berenang di sungai. Bersama menjelajah berbasikal BMX round kota. Bersama merendek dan membaling mercun di malam2 puasa kat couple yg beromen di Tasik Titiwangsa.

Khamis itu hari ada makan2 kat surau. Khamis itu hari dpt jumpa semua kawan sewaktu kecil. Tapi kini kami bukan anak2 kecil lagi. Ada yg sudah buncit perutnya, ada yg sudah berkerut dahi dan mukanya, ada juga yang beruban dan jarang2 rambutnya. Iyap, kami sudah tua.

Tidak cukup di surau. Dua bijik kereta dipanaskan enjinnya. Lepak mamak pulak agendanya. NZ lokasinya.

Buat dua org sahabat. Mamat dan Imran. Semoga selamat pergi dan pulang. Doakan aku di sana nanti. Doakan kebebasan Palestin di sana nanti. Korang pergi laa dulu. Aku akan cuba turuti. Tanah Suci. Umrah. S.

1 Comments:

Blogger bayam said...

wah mamat dan imran pegi umrah katanya.. chayo! chayo!

12:33 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home