Wednesday, August 22, 2007

sepetang bersama kawan

Pulang dari kerja. Sampai rumah awal. Hari belum gelap. Masih ada 60 minit, Countdown to Maghrib. Masa yg ada diluangkan melepak di gerai bersama kawan. Memang setiap petang kawan ada kat gerai lepak2 sambil borak.

Kawan juga pulang dari kerja. Kerjanya memerlukan kederat empat kerat. Memasang stage dan audio sempena merdeka. Tapi kawan nampak cergas berbanding ngan aku yg lesu walaupun hanya kerja mengadap komputer.

Biasanya bila lepak banyak topik bualkan. Dari kisah awek, kisah bola, kisah surau, kisah kawan2 lain, kisah movie terkini, kisah politik dah bermacam-macam al-kisah yg lain.

Tapi petang itu lain dari kebiasaan. Waktu petang mmg tak sesuai lepak ngan kawan.
Petang itu, boleh dikatakan kami tak berbual sgt. Aku byk termenung dari berbual. Hanya memerhati gelagat kawan sambil menghirup air milo yg agak manis.

"Eh sapa dia nie... muka dia familiar ler" Aku cuba memulakan perbualan. Dan tanpa menoleh, kawan menjawab "Ini laa emilda rosmila... adik ipar ac mizal". Mata kawan masih menumpukan pada skrin tv di depannya.

Hanya masa iklan kami dapat berbual. Dan bila iklan muncul di tv aku bertanya... "Citer apa nie beb?". Dan kawan pun menjawab... "Inilaa citer Manjalara...".

oh patutlaa kawan khusyuk tengok. ini rupanya citer yg diheboh-hebohkan best itu. typical malay drama. S.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home