mengaji
sudah naik quran. hins hins hins, eksyen.
lepas maghrib, kami akan bersongkok, muqaddam/quran dan kayu rehal di sisi. kami duduk sebaris. kebiasaan aku akan amik giliran pertama, mengaji dulu, diikuti kawan-kawan yang lain.
anak murid kesayangan. apa pun keadaan, memang aku diberi keutamaan.
selesai kami mengaji, kawan-kawan akan balik bertempiaran, tapi aku tetap tidak kemana-mana. tidak kemana-mana? iya, tidak kemana-mana, kerna ini adalah rumah sendiri. mak aku adalah guru yang mengajar mengaji.
...................................................................................
baru naik quran. juz 1, surah kedua, al-baqarah diberi nama.
ayat ke-18, aku mmg hafal. pesan mak, nanti bila kau nak masuk hutan, mahu dilindungi dari binatang liar baca ayat nie.

sudah lama tak 'pegang' quran. kini, guru yang mengajar mengaji sedang terlantar di hospital. ketumbuhan (3.5cm x 4cm) otak sebelah kanan. esok, pembedahan akan dilakukan. moga pembedahannya berjaya dan aku dpt kembali dgr suara dia mengaji... ameeennn.

"Mereka pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali." Al-Baqarah, ayat 18.
...................................................................................
sudah lama tak 'pegang' quran. kini, guru yang mengajar mengaji sedang terlantar di hospital. ketumbuhan (3.5cm x 4cm) otak sebelah kanan. esok, pembedahan akan dilakukan. moga pembedahannya berjaya dan aku dpt kembali dgr suara dia mengaji... ameeennn.

8 Comments:
Amin utk seorang bonda
Amin utk seorang penentu syurga
Moga segala dimudahkan-Nya.
doanya semoga bonda kuat..
moga Allah mempermudahkan segalanya...
selalulah bacakan al-quran di telinganya..
aku kengkadang tak pecaya ko yg tulis semua ni sern...
moga mak ko cepat sembuh dan kembali ceria..insyallah
Mie.
Moga pembedahan berjalan lancar dan selamat semuanya.
From Perth.
semoga semua berjalan lancar.. agak terkejut bila ko bercerita tentang perkara ni tatkala membaham salmon aritu...
semoga ibu sern cepat sembuh.. amin..
Amin....semoganya lindungi dan selamat... TQ kat kawan2 yg mendoakan...From mama nabil n nina
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home