Friday, June 19, 2009

father n son

kalau tak kerana pipi aku yang masih panas, dah lama dah aku sertai rakan2.

aku dan rakan tiba disimpang empat.

simpang ke kanan, jalan masuk ke sekolah. simpang ke kiri, menjarakkan diri dari pagar sekolah, serong, tuang, rewang sekolah.

aku didalam dilema.

ikutkan hati mahu sertai rakan2. kedai game di Kotaraya, mandi sungai di Templer Park atau ushar awek di McD tepi CM (Pasar Seni), atau tak kisah lah mana sajer, janji bukan ke sekolah.

Malangnya aku mengikut simpang yang bertentangan dengan rakan2.

Kan aku dah cakap, kalau tak kerana pipi aku yang masih panas kena pelempang abah, dah lama dah aku sertai rakan2.

Dan hari ini bila aku melihat beza antara aku dan rakan2, baru aku nampak hasil perit pedih pelempang abah.

Selamat Hari Abah untuk Abah.

p/s : wa pernah terpk nak masuk kelas silat cekak sbb tak tahan dgn hukuman abah. :)

4 Comments:

Blogger I Am The Vault Dweller said...

ko pun abah gak kan...
tapi lu misti abah yg lucu.

8:38 PM  
Blogger Juraimee said...

Tunggu ajer lah... belum masa lagi tu.... sampai masa nye... tau lahh....

7:27 AM  
Blogger Suhaimi said...

lucu ngan korang jer... ngan anak aku serius... ngan bini.. erghk ngan bini aku akuttttt...

11:37 PM  
Blogger AnasAuni said...

weh... aku tau ko sebenarnya syok kena pelempang abah ko kan... mesti ko rindu kan.. kan..

8:58 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home