Tuesday, November 24, 2009

kuliah

Dewan kuliah, subjek Pengantar Pengurusan Awam.

Kuliah pertama saya dalam bidang Pentadbiran Awam.

Entah mengapa universiti yang bermegah dgn kemeja dan tali leher memilih saya untuk bidang Sarjana Muda Pentadbiran Awam.

Ini subjek teras, semua pelajar Pentadbiran Awam wajib mengambilnya. Makanya, dewan yang besar diperlukan untuk menampung pelajar yang ramai.

Ramai pelajar di dalam kuliah, tapi jika ditapis hanya 6 orang yang saya kenal, dan jika ditapis lagi, hanya seorang yang saya rapat. Kawan yang agak rendang, romeo dan bercermin mata. Kini anak dah tiga, walau saya lebih dulu merasa nikmat beristeri berbanding dia.

"Suhaimi Bin Sujak..." nama saya dipanggil dalam dewan kuliah besar ini. Sikit punya panjang senarai nama pelajar, nama saya juga yang lecturer panggil. Mungkin kerana nama ayah saya yang sikit unik.

Saya bingkas bangun. Sedikit gementar.

"Ada berapakah pentadbiran di dunia nie?" tanya Professor.

Makkk!!! soalan apa nie? Semenjak dari tadika kemas hingga ke matrikulasi, tak pernah saya terfikir untuk kira pentadbiran kat dunia nie. Waktu itu saya dah nekad, jika saya tidak dapat tukar course, selamat tinggal bumi Sintok!!!

2 Comments:

Blogger salman ® said...

ahahah
rakan romeo yg bermodalkan RGV Merah = WDT

aku pun pelik giler cemana ko boleh amik pentadbiran awam. rare tuh..

4:46 PM  
Blogger Suhaimi said...

depa tgk wa ada bakat pemimpin jadi DO kot

7:29 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home