Wednesday, August 23, 2006

ngumpat2 dunia artis kita (busyukk)

memang indah dunia bercinta. lebih2 lagi cinta yg diikat hingga ke jinjang pelamin. dan lebih best pada hari pelamin itu, terpampang di dada2 akhbar. liputan meluas hingga diadakan siaran lansung.

bestnyerrr dunia artis. auranya mengalahkan pak menteri. melebihi aura professor ungku aziz. anak kampung lekeh yg kini disanjung tinggi. di puja-puja dan kini di kasta tertinggi. diagung-agungkan artis berbanding saintis. :)

pandai si siti pilih tarikh nikah. tarikh hari bermakna dalam islam, israq-mikraj. tapi tak de pun citer2 israq-mikraj kat muka depan suratkhabar. citer lebanon n palestin pula dah jatuh ranking kepopularannya. semuanya gara2 n citer2 artis.

agaknya mungkin lepas ini faizal dan mawi akan ikut jejak siti. anak kampung/felda yg kini menjadi kaya dan terkenal. cuma aku takut nanti pemikiran anak2 kampung/felda kita akan berubah. semua berangan mahu jadi penyanyi. disanjung dan berduit dan kaya hanya dgn menjadi artis tanpa perlu berusaha untuk cemerlang dlm SPM atau SRP.

____________________________________________________________________________


duk kecoh artis yg menang anugerah rasa stupid bila berckp dlm bahasa melayu. maka kecohlaa semua tak puas hati dgn minah nie. kenapa nak melenting? biarla dia nak ckp n kutuk bahasa ibunda pun. hanya hal bahasa. kechik punyer hal. kenapa tak kita kecoh or propah soal pakaian artis pada malam tu. pakaian tak ikut lunas agama. ini soal agama. besar punya hal. rosak akhlak. benci.


laskar cinta..
sebarkan lah benih2 cinta..
musnahkan lah virus-virus menci
virus yg rosakkan jiwa
dan busukkan hati..... ~la laa la la

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Tanda Akhir Zaman ....

9:20 AM  
Anonymous Anonymous said...

menci~!

6:19 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home