Tuesday, March 27, 2007

Bateri II

Bateri keta lama itu hari di simpan di bonet kereta. Kot2 masih ada resit pembelian bateri lama ini, boleh lah saya claim warranty.

Berat badan aku konsisten. Masih lagi 87.5kg. Namun, ia sudah melebihi tahap sederhana. Aku kena kurangkan kepada 85kg. Tapi aku impikan 80kg. Mampukah?

Exercise dan pemakanan, dua elemen yg perlu di jaga. Aku tak hadapi masalah dlm berexercise, tapi masalah besar adalah dari pemakanan.

Org kata berhenti merokok selera makan makin menggila. Iya betul. Itu fakta bukan autaa. Tapi ini bukan alasan untuk aku merokok semula.

Exercise yg konsisten turunkan berat badan;
*Setiap Isnin malam berfutsal ngan bebudak kembara.
*Setiap Rabu petang berbolasepak di padang.
*Rabu/Khamis aku berbadminton selama 2 jam.
*Jumaat kalau tak balik kampung, berfutsal dgn school-mate.

Sebagai orang yg bersukan, raket badminton dan kasut futsal sentiasa standby di dalam kereta.

Bateri keta lama di simpan di bonet kereta. Kot2 masih ada resit pembelian bateri lama ini, boleh lah claim warranty. Malangnya resit tak jumpa. Bateri lama tertonggeng di dalam bonet keta. Air bateri lama ini terkeluar menggalir basah. Lalu ia menghakis kasut futsal saya. Kasut bola jadi lembik dan reput. Tak cukup dgn itu, ia juga menghakis raket badminton. Lalu reputlah tali raket dan juga pemegangnya. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Inilah dugaan untuk org yg nak kurus. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Buruk betul rupa saya menangis.

Pengajaran entry dulu.. simpan resit pembelian. Pengajaran terbaru.. jangan simpan bateri keta dalam bonet keta. Harap2 lepas nie tak de entry bertajuk bateri III.... amin. S.

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

mcam2 lak yer kes baterinya

11:42 AM  
Blogger bayam said...

saya sudah mengalami nasib yang hampir sama.. Naim la punya kerja, sudahnya, habis hancur board belakang dan karpetnya sekali..

12:13 PM  
Blogger salman ® said...

ni naim@bejek kan? kalau naim bbp, mmg aku ucap tahniah lah kpd naim di atas kerosakan tersebut. ehehe

2:57 PM  
Blogger ...rux... said...

what goes around, come around @ karma @ qada&qadar

9:37 PM  
Blogger Cikgu ILi said...

syahdu.sian ko sen.dah la jatuh ditimpa tangga pulak.

5:58 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home