temuduga
Situasi : Seorang kanak-kanak sedang ditemuduga oleh orang media tempatan.Penemuduga : Apa yang adik faham pasal ekonomi di Malaysia.
Kanak-kanak : Terima kasih encik. Saya dah lama tunggu orang tanya soalan sebegini. Semalam bursa saham kita ditutup rendah dalam 1300mata. Sejak kebelakangan ini Indeks Komposit kita bermain sekitar 1290mata ke 1330mata. Antara faktor kenaikan ini kerna penurunan harga minyak.
Penemuduga : Eh adik ada main saham jugak ker.
Kanak-kanak : Teringin juga nak main. Tapi encik ada dengar citer tak. Majis Ulama kita dah keluarkan fatwa, pelaburan kat internet haram. Sebab kita tak tau dari mana sumbernya. Menurut Ust. Zaharuddin yang saya baca dari laman webnya, kata Ustaz tu pelaburan internet haram ada unsur riba dan gharar....
Penemuduga : Ehh adik nie.. panjang pulak jawapannya. Tak sempat saya nak tulis. Adik ada blog kan. Boleh tak tulis kat blog.
Kanak kanak : Saya tak de blog.
Penemuduga : Habis tu olok2 tu blog sapa?
Kanak kanak : Itu blog ayah saya.
Penemuduga : Wahhh glamer blog ayah adik tuu.. suruh ayah awak tulis pasal AF boleh tak? Saya peminat AF. Afundi Dafi.
Kanak kanak : Ayah saya tak minat AF. Dulu blog ayah saya ada shoutbox. Tapi ayah saya dah buang sebab ayah tak mau orang kata shoutboxnya mcm @15.
Penemuduga : Adik mesti minat aizat kan. Dia tu chubby n mcm budak2 skit.
Kanak kanak : Encik nie nak ajak sembang ker atau nak temuduga saya?
Penemuduga : Ok ok... kita sambung temuduga. Ok..apa yang adik tau pasal isu semasa sekarang? Jgn cakap pasal AF tau.
Kanak kanak : BN memang besar Pilihanraya kat Ijok.
Penemuduga : Eh mana adik tau? Pilihanraya pun belum mula. Semalam baru penamaan calon.
Kanak kanak : Adik kan kanak kanak. Adik tau laaa. Kanak-kanak tak pandai bohong.
Penemuduga : Selain politik apa yang adik amik tahu.
Kanak kanak : Palestin.
Penemuduga : Palestin? Kenapa ngan Palestin?
Kanak kanak : Encik tak tahu pasal Palestin ker?
Penemuduga : Tahulaa jugak. Kadang-kadang kuar berita pasal Palestin.
Kanak kanak : Apa perasaan Encik bila tgk berita tu?
Penemuduga : Perasaan? Perasaan apa pulak?
Kanak kanak : Encik nie... boring laa... ok laa Encik saya nak gi taman permainan.. kawan-kawan dah tunggu. Bye.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home