Thursday, April 05, 2007

mukhsen.

Buat pembaca blog yg kita suka... korang kenal pada mukhsen?

Mukhsen. Seperti kanak2 kota yg lain, Muhksen aktif orgnya. Zaman dulu tak ada play station, tiada gameboy, nintendo jauh sekali. Guli, gasing, layang-layang, lawan spider, lawan ikan laga antara aktiviti Mukhsen.

Mukhsen punya basikal. Basikal BMX. Pembelian ayahnya. Ayah Mukhsen mmg best. Mukhsen ronda2 kota ngan basikalnya. Mukhsen kayuh sampai Tasik Titiwangsa, Memorial P. Ramlee, Zoo Negara, Dataran Merdeka.

Mukhsen juga minat pada ikan. Selalu menyusur sungai gombak menangguk Talapia hingga ke The Mall-Yaohan. Mukhsen budak berani, tidak takut sungai yang dalam, tidak takut selut atau ular. Cuma bila balik rumah Mukhsen jadi takut. Takut kena marah ngan mak dan ayah. Ayah Mukhsen garangg ooooo. Aummmmmm (*efek bunyi garang).

Mukhsen dan rakan-rakan pernah bina pondok. Pondok atas pokok. Pondok yang cantik. Tempat lepak2 Mukhsen dan rakan. Tapi org2 DBKL datang merobohkan pondok itu. Benci sama org2 DBKL. Diaorang tu pendengki agaknya tgk pondok yg cantik itu.

Cinta? Mukhsen tidak tahu ada apa dgn cinta. Bagi Mukhsen dan rakan2nya, berkawan dgn perempuan adalah orang lelaki yg tak macho. Orang perempuan buhsann lah. Main masak2, main anak patung. Tak adventure lansung.

Dunia kanak2 Mukhsen sama seperti zaman kanak2 pembaca semua. Tidak ada Oked. Tidak ada lagu keroncong senandung kala Hujan. Mukhsen hanyalah budak kota yang tinggal di setinggan dan kemudian dipindahkan ke rumah pangsa yg kecik mcm rumah sarang burung merpati. :) Sekian. S.

2 Comments:

Blogger ...rux... said...

sian sen ek

8:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

tp Mukhsen ni aku rasa dia byk ronda2 Chow Kit and LHT ngan BMX dia...tu psl la dia terikut-ikut perangai nyah...wakakakakakaka

10:55 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home