Friday, June 15, 2007

terima kasih ayah.

"tak kuasa aku. kau yg nak beskal. pi minta sendiri kat ayah kau" kata mak.

aku takut. ayah garang. sudah ada pengalaman kena pelempang, tali pinggang dan rotan.
niat yg diluahkan pada mak tak berhasil. lalu dipendamkan sahaja keinginan iniee.

ayah kerja kuat. cari wang. cari rezki. sering balik malam. pulang ke rumah keletihan. waktu tu jgn laa anak2 buat hal. pasti ayah akan marah.

suatu hari ayah pulang agak lewat. masuk jer rumah, ayah dah menjerit panggil nama aku. kelam kabut mengadap ayah. cuak.

"ko dah mandi?".... "dah ayah..."
"dah solat?"..... "sudah ayah"
"kerja sekolah?".... "dah ayah"
"mari ikut aku tolong angkat barang kat kereta" kata ayah tegas...... dan aku akur.

malam itu, tido tak lena. mata masih terkedip-kedip tak boleh lelap. rasa tak sabar nak tunggu siang. cepatlaa siang. cepatlaa siang. tak sabar nak kayuh basikal... detik hati sendiri... sambil mata terkedip kedip melihat basikal baru yg diamik kat kereta ayah tadi.

terima kasih mak kasitau ayah. terima kasih ayah. aku sudah punya BMX. S.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

happies daddy day to en.sumi ...

6:30 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home