Tuesday, November 13, 2007

Pecah rekod.

Baru aku faham kenapa lewis hamilton begitu berjaya dgn kereta mercedes-nya

Sg ular. Kawan datang rumah dgn tunangnya.

Selesai makan2 dan sembang2. Kami mulakan perjalanan ke sentul.

Kawan mulakan aksi. Pertama kali duduk di dalam kereta yang berkelajuan lebih 200km/j.

Terdapat eksiden di gambang. Kawan insaf sekejap selepas melihat eksiden. Insafnya hanya bertahan dalam 5 minit. Pecutan diteruskan.

Tiba exit temerloh, bawah jejambat, polis sedang buat perangkap laju. Kantoiiii. Insaf semula. Juga bertahan dalam 5 minit. Pecutan diteruskan.

Hiway Karak, perjalanan tersekat-sekat. Jalan sesak, kereta banyak.

Tunang kawan terjaga dari lena. Pemanduan di perlahankan. Depan tunang kena tunjuk kitalah penjantan hebat, pemandu berhemat.

Rekod masa perjalanan kami sg-ular ke sentul... 2 jam 15 minit...

Kini baru aku faham kenapa lewis hamilton begitu berjaya dgn kereta mercedes-nya... kereta yang aku naiki berjenama sama dgnnya... vrooooommmmmm.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home