Thursday, September 13, 2007

ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan dari Suhaimi, Liza dan Nabil.

Semalam adalah terawih malam pertama. Sungguh cepat bumi bergerak mengelilingi matahari. Terasa baru semalam solat sunat Aidilfitri. Hari ini sudah mula
memikirkan juadah berbuka utk petang nanti.

Malam pertama di Madrasah Ihsaniah memang meriah. Seperti meriahnya malam pertama si pengantin baru. Semua kita gembira dan berbalas2 ucapan menyambut Ramadhan. Semua orang termasuk aku berazam untuk buat yang terbaik pada Ramadhan kali ini. Harap Ramadhan kali ini semangatnya tidak semakin luntur seperti Ramadhan2 yg lepas. Amin.

Melihat pada carta organisasi madrasah di papan kenyataan. Ada pengerusi, timbalan, setiausaha, imam, bilal dan noja. Sesuatu yg biasa dilihat di mana2 surau maupun mesjid2.

Terdapat juga satu carta organisasi khas yang aku rasa tak banyak terdapat di tpt2 lain. Mereka ini juga org penting di madrasah ini. Suatu ketika dulu nama 'Suhaimi' terpahat pada carta organisai ini. Ada antara mereka ini belum pun baligh ataupun berkhatan. Muka masih bersih, tiada tompokan bekas jerawat. Rambut masih hitam likat, tiada sehelai uban.

Tugas yang diberikan adalah tukang buat air...utk more, tukang basuh pinggan..utk more, susun dan hidang makanan..juga untuk jamuan more dan tugas paling utama memastikan rakan2 atau kanak2 tidak buat bising tika imam dan jemaah berterawih. Biasanya org yg di carta organisasi ini adalah dikalangan org berpengaruh dalam kanak-kanak ini. Barulaa kanak2 akan dengar kata. Kerna ada pengawas di antara mereka.

Mungkin surau2 lain boleh ikut cara Madrasah Ihsaniah ini. Insyallah semua mahu buat terbaik pada Ramadhan kali ini tanpa gangguan sora teriakan anak2 kita sendiri.

Selamat Berpuasa buat mereka yang boleh berpuasa. S.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home