Thursday, November 22, 2007

ucapan utk gunx

Doa2 ku semoga En Gunx dapat pergi dan balik dgn selamat.

Malam ketemu. Malam untuk istirehat. Tidur. Nyenyak. Kita tido dibuai mimpi. Malam tak berterusan malam. Ia menyising memberi giliran fajar sadiq untuk muncul. Bilal mula mengambil tugasnya...melaungkan azan... membangunkan kita yg di buai mimpi.. bangun... bangun.. kita solat subuh.. lepas tu kita tuju kejayaan.. kita gi kerja...

Bekerja dari pagi. Mengadap komputer. Menghadap code2 yg bisa kepala jadi pusing. Matahari mula menegak. Zahir dan batin perlukan rehat. Zahir perlukan makanan. Rohani perlukan ibadat. Matahari tergelincir dari tengah langit. Seruan kedengaran, solat Zohor di namakan.

Petang sesudah penat bekerja. Tiba masa untuk beriadah. Kawan2 sudah tunggu di padang. Bola di sepak di masukan dalam gawang. Ops.. sebelum ke padang kita harus ingat... ada laungan untuk kali ketiga... Asar di beri nama.

Matahari sudah melabuhkan diri. Beri laluan pada sang rembulan. Laungan bergema tanda ketibaan malam. Laungan bergema tanda selamat tinggal siang. Laungan itu kita namakan azan. Azan ke empat ini menandakan Maghrib wajib dilaksanakan.

Malam terus kelam. Ia makin gelap. Manusia perlu lelap. Mata dan badan kian lesu. Sebelum istirehat masih ada tugasan terakhir. Sujud pengakhiran hari. Sujud yg kelima kali. Sujud ini di namakan Isyaq.

Hari berganti hari. Subuh ke Isyaq. Rutin ini kita lakukan saban hari. Hingga tiba upacara mingguan. Upacara yang menandakan sudah seminggu kita membentang sejadah dan dahi sujud di atas bumi. Inilah solat Jumaat. Imam berdiri di mimbar memperingatkan kita yang mudah lalai.

Apabila acara harian dan mingguan terlunas sudah. Tibalah pada acara bulanan. Dalam 12 bulan yg kita tempuhi, terdapat satu bulan yang penuh kerahmatan. Bulan bonus pemberian Yang Maha Esa untuk kita yang selalu leka. Bulan keemasan tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Pintu Neraka di tutup, Pintu Syurga di buka. Peluang hanya datang sebulan ini dalam setahun. Alangkah malangnya bagi mereka yang masih alpa.

Sudah buat acara harian. Sudah laksana acara mingguan. Begitu khusyuk dan tekun menghamba diri di bulan Ramadhan, kini tiba acara yang hanya diperlukan sekali seumur hidup. Upacara yang termasuk dalam rukun. Hanya sekali perlu di lakukan. Di tanamkan dalam hati, sematkan dalam diri, jadikan ia objektif, bentukkan ia menjadi matlamat diri. Hanya sekali, kita perlu buat Haji.

Doa2 ku semoga En Gunx dapat pergi dan balik dgn selamat. Malam ini kita buat last meeting. Last sebelum digelar Tuan Haji Gunx. S.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home