Friday, July 25, 2008

@Kompleks JPM

Khamis, Putrajaya. Wa dikelilingi oleh 'Warga Batik'. Rasa seperti berada di dunia lain kerna kami yang minoriti hanya berkemeja smart.

Di meja makan. Seorang brader berbatik secara tiba-tiba duduk di depan wa. Brader ushar wa lain mcm. Wa dah goyang. Serba tak kena. Muka wa jelita mcm 'saiful' kah? oh tidak-tidak. Pemikiran luar tabii.

"kerja mana?" Brader mulakan godaan bicara.

"scan" Wa jawab, sepatah.

Komunikasi berhenti setakat itu. Mungkin sebab wa mcm layan tak layan jerk.

"I rasa mcm kenal you laaa" Brader mencuba lagi.

"Iya ker." Wa respons.

"U study mana dulu?" Brader tanya.

Alamak segan lak nak jawab. Al-maklumlaa Sintok tak glamer pun.

"UUM".

"You grad tahun 2000 kan?" tanya Brader lagi.

"Hmmm iyap" Alamak macam mana brader nie boleh tahu nie.

"Kita satu batch laa. You tak perasan I yerr?"

What? Satu batch. Brader nie rasanya dah 40++.

"I pelajar veteran dulu. Ada 4 orang jer pelajar veteran dulu. You tak perasan yerrr" explain brader tu.

"Ooooooooo, kenal... saya perasan muka abang..." wa jawab. Wa tipu.

Sorry laa brader... wa sudah pemikiran sonsang seawal pertemuan tadi. :)

Kami terus-terusan berbual kisah zaman belajar dulu.

Sebelum berpisah. Brader kasi kad. Wahhh tgk nama dan pangkat. Hermmm nie buat kawan nie. Ada kegunaan di masa depan. :)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home