Wednesday, May 14, 2008

UiTM sedia tawar kursus penulisan blog

Aku dan Nabil mengadap tv 32inci (*cheh, nak juga sebut 32 inci). Kami menonton perlawanan bolasepak. Cubaan menjinak-jinakkan Nabil pada dunia bolasepak.

Nabil tergelak sambil berkata, "kelakar papa... orang tu sepak guna kepala.."
Dengan jiwa seperti seorang pengurus Manchester United, aku mengajar, "Nabil, itu bukan sepak, kalau guna kepala kita panggil tanduk..."
Nabil tersengih.

.......................................

Aku dan Nabil lepak di kedai makan. Aku cuba mencari air dan makanan yang sesuai untuk budak berusia 2 tahun 7 bulan ini, dan budak ini tak tahan pedas.

"Nabil nak makan apa?"

Diam.

"Nabil nak minum apa?"

"Billl nak teh buih." beritahu Nabil.

"Teh Buih?" Bapaknya kebingunan.

"Teh mcm tu laa papa." Sambil tunjuk segelas teh tarik di meja sebelah.

"Ooooo.. air macam tu kita panggil teh tarik..."

Dan Nabil tersengih.

.......................................

Kami berada di pantai bersama hamparan pasir keputihan, air kejernihan dan langit kebiruan. Inilah aktiviti Nabil waktu petang, bermain pasir, ombak dan air laut.

"Papa tengok tu.. tingginya bayang-bayang..." Kata Nabil sambil menuju ke atas.
Aku tengok atas, tersenyum seraya memberitahu, "Billl itu kita panggil layang-layang, bukan bayang-bayang".
Sekali lagi Nabil hanya tersengih.

.......................................

Ini hanyalah blog picisan. Penulisnya tiada sarjana pengkhususan dalam bidang blog. Kadang-kadang bahasa yang digunakan agak kekampungan, dan tidak ketahuan.

Penulis sentiasa mencari dan mengutip kata-kata yang sesuai untuk blognya.
Seperti anaknya yang masih tercari-cari penbendaharaan yang sesuai untuk bersembang dengan ayahnya.

mari belajar di UiTM...
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0513&pub= Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm

1 Comments:

Blogger irwandahnil said...

Sen, kalau sepak pakai kepala tu bukan tanduk.. itu kita panggil 'heading' :)

Tanduk tu ada kat kambing, lembu.. Kesian nabil bertambah kompius

2:45 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home