Monday, August 18, 2008

you fired!

Siri program realiti episode mencari orang gaji masih diteruskan. Jika peserta pertama berjaya melarikan diri, kini peserta kedua menampilkan diri.

Peserta kali ini bukan dari seberang, tetapi orang tempatan. Bukan mengikut jejak FAM (*tiada pemain luar season depan), tetapi dirasakan orang tempatan lebih memenuhi citarasa mak-ayah wa.

Maka berlabuhlah peserta kedua secara rasmi. Usia lewat 50-an tidak menjadi masalah untuk melayan mak wa. Menangkat ke sana ke sini. Tiada masalah. Wa senang hati, kerna sudah ada pengganti.

...
....
.....

Suatu hari, dapat call dari abah.

"Abah dah suruh dia balik. Kawan abah akan hantar dia balik rumah kawan dia" kata abah ala-ala Donald Trump (kunun2nya).

Wa mengiyakan sahaja. Perkara sudah di duga. Masakan begitu cocok untuk wanita lewat 50-an, 'style' melawa, berambut pendek cacak dikalerkan putih, berbaju tanpa lengan (*panas katanya) dan paling tak tahan... seorang perokok.

Aku pulang ke rumah. Sudah tiada kelibat peserta kedua. Kawan abah dah ambil dan hantar ke rumah kawan dia.

"Kat mana rumah kawan dia tu bah..." Aku bertanya.

"Kawan abah telefon tadi, perempuan tu suruh hantar dia kat Rumah Pengasih." jawab Abah.

Hermm Rumah pengasih? Wa cuba berfikiran sepositif yang boleh, walaupun fikiran negatif yang lebih dahulu masuk ke otak pemikiran wa.

1 Comments:

Blogger salman ® said...

rekod wa 4 org beb. harap² tak pecahkan rekod wa. ehehe

12:01 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home