Tuesday, September 01, 2009

perancangan saya pasal minyak kereta

Jam 5 petang semalam lampu minyak kereta menyala-nyala, tanda amaran minyak bakal kering.

Saya singgah stesen Mobil, Kemaman. Terdapat RON95 disitu. Iya RON95, rm1.75 seliter.

Saya mahu mencuba, katanya kualitinya sama seperti RON97. Mari kita cuba, performance SgUlar-KL dengan RON95.

Jam pagi saya sampai KL. Hasil ujian, memang tiada perubahan, kelajuan tetap di tahap
terbaik, tidak boleh melebihi 110km/j. % penggunaan minyak juga sama.

Ketika sampai rumah, mematikan enjin kereta, saya telah berazam mahu bertukar RON95,
jimat 5 sen seliter. Kalau isi tangki penuh saya sudah untung beringgit-ringgit. Dalam ketidaktentuan ekonomi global, penjimatan adalah perlu. Mesti.

Pagi tadi saya memandu kereta ke pejabat. Buletin radio. Harga minya RON95 dinaik 5sen, manakala RON97 dinaikkan menjadi rm2.05. Hugh!!! Anggaplah semalam macam saya tak buat2 perancangan pasal minyak kereta.

3 Comments:

Blogger Juraimee said...

RON97 float to market price tuh memang sudah tau..RON95 yg supposed sales @ RM1.75/ltr pun dah di propah berbulan.... so so excited!!
31/08/2009 @ 11:35pm sayer isik ngan bangga @ that so called proposed price...
hati berbunga2...
sekali pagi baca paper bosar iklan tulih rege RON95 = RM1.80/ltr...
CEHHHH!!!!!
tertipu gua sekali lagi ngan janji2 manis politicians... mencik!!!!!

7:24 AM  
Blogger I Am The Vault Dweller said...

kita pakai keta hybrid jom...

6:59 PM  
Blogger Suhaimi said...

apa citer yg air ganti minyak tu yerk.. senyap jerk.. siap pak lah yg launching n permulaan teksi yg guna menatang tu

11:34 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home