Tuesday, December 01, 2009

walimatulurus

Wahai kawan2, korang ada aktiviti tak weekend nie? Cuti2 sekolah nie cubalah bawak keluarga korang ke Sungai Ular, Kuantan. Wa buat makan2 besar.

Kenduri kahwin Ateh, adik ip aku.

Bila? Ahad 6/12, waktu tengahari sampai nasi n lauk habis.

Pesiapan, makanya kami pun sibuk duduk bersimpuh bergotong-royong buat bunga telur, gubah2 bunga, packing goodies sambil bercerita kisah adik beradik Aidil dan Adam, Nur Kasih. Meriah kan?

Hujan? Jangan risau, 5 khemah kami dah booking. Memang selesa utk korang tumpang teduh.

Makanan? Perghk, masakan MIL wa mmg tak pernah mengecewakan. Orang cakap mengata orang tak baik, terutama MIL sendiri. Tapi masakan mak wa mmg teratas di Sungai Ular nie, sbb tu badan wa makin sihat mcm nie. Extra, layanan ramah-tamah dari MIL wa nanti.

Peta? Korang masuk tol gombak, straight jer sampai lah penghujung LPT,
lepas bayar tol, straight lagi sampai la sg ular. Tapi tak lah straight sangat nanti straight sangat termasuk laut pulak. Sila ikut signboard.

Kalau sesat? Sampai stesen minyak Caltex lu orang sebut jer nama FIL wa.
Lepas stesen minyak ada mesjid, kat mesjid pun lu orang boleh sebut nama FIL wa, semua orang kenal.

Kalu gagal juga, lepas mesjid ada deretan kedai, kat situ lu orang boleh tumpang bertanya rumah FIL wa, sebelah deretan kedai ada kubur, kat kubur, lu orang tak perlu tanya apa2, just beri salam, then straight lagi sampai nampak bunga manggar berkilat-kilat terpacak. Senang kan?

Betul ker rumah yang dituju? Insyallah betul, sebab kami dah tempah banner bersaiz giant terpampang nama dan muka pengantin serta MIL n FIL wa.

Marilah, jemputlah datang, kami tahu anda lapar, anda didahulukan, perut anda kami utamakan, so kami buat buffet, all you can eat.

Kami juga akan buat cabutan bertuah pada mereka yang datang dan penampilan istimewa Remy Ishak Nur Kasih..... eh acah jerk!!! Kui.

Apapun jika kawan2 keberatan untuk datang, semoga kawan2 dpt ringankan tangan berdoa semoga majlis berjalan lancar dan pengantin kekal berbahagia dunia akhirat. Ameeen.

3 Comments:

Blogger I Am The Vault Dweller said...

Sern & Liza,

Kirim salam kat famili korang sebelah Sg. Ular yekk.. tak dapat nak menjenguk pasal nak daftar raniya masuk skolah la pulak esok nih...

cakap congrats kat ateh yekk

9:11 PM  
Anonymous mama rawk said...

'raksasa gemuk' , tak banjir kah di sana?

6:14 PM  
Blogger Suhaimi said...

rumah tak kena banjir.. tapi senantiasa hujan.. syukur ahad semalam panas...

min.. jemputlah bulan 3 nie kak e pulak.. insyallah... eh ahad nie join aku gi serbu rumah pengantin lelaki nak.. kat sri kembangan jer.. area2 rumah jack sugus...

1:38 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home