Friday, July 09, 2010

Final

Minggu itu warden beri pelepasan. Kamu semua boleh balik kampung. Tapi ingat! Kena pulang hari Ahad, Isnin kelas seperti biasa.

Yipee!! Boleh jumpa ayahanda dan ibunda tercinta. Erghk juga televisyen terchentaa.

Jadinya hujung minggu itu kami tidak perlu curi-curi buka TV kat dewan selera. Tidak perlu berselebung dengan kain pelikat supaya warden tidak cam muka apabila dia ambush kami.

"Eh kau tak balik asrama ker?" mak wa kehairanan.

Wa diam. Cuak nak jawab sebab sebelah mak wa ada abah wa.

"Kau sokong mana final game pagi esok?" abah pula tanya, nada keras.

"Erghk Brazil bah" jawab wa. Abah boleh agak wa nak balik esok, bukan hari nie. Esok, ponteng.

Pagi itu wa dapat tgk final game dari sepak mula perlawanan sehinggalah ke sepak tinggi melangit, penalti dari Roberto Baggio.

USA 94, Brazil juara.

Habis game, Isnin pagi, wa terus bergegas ke PuduRaya. Kalau agak2 ada bas nak ke Muar, wa sambar.

Labels:

2 Comments:

Blogger Juraimee said...

hhahaha.. game ini lah.. yg sampai ke subuh.. ehh... dekat2 kul 7 kot baru abis.. aku tengok kat asrama time tuh.. lepas tuh masuk kelas tersengguk2.. kakakkakakka.......
apapun sampai sekarang aku dok ingat penalti si pony tail ituh melangit pergi nye.. kekekkekekek

9:59 PM  
Blogger Suhaimi said...

iyap dari gelap gelita hingga sampai ke langit cerah game tu..

10:54 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home