Tuesday, May 18, 2010

konsert terbaek!

RAMLI SARIP. TAFSIRAN ALAM. DEWAN FILHARMONIK PETRONAS. 11 MEI 2010.


1. Konsert ini betul mengingatkan wa pada konsert di Istana Budaya 5 tahun lepas. Seperti dejavu yang sengaja dibuat.

...salam kepada semua yang budiman, terima kasih kerana hadir di pentas antarabangsa yang hebat ini (Dewan Filhamornik Petronas), terima kasih masih mahu mendengar lagu2 melayu...

2. Antara hadirin yang wa kenal (tapi dia tak kenal wa), Adibah Noor, Ramli MS, Hishamudin Rais (jemapoh manchestee). Kak Pah (Sharifah Aini) hanya beberapa meter dari tempat duduk wa. Kelihatan juga awek2 yang wa rasa mcm artis, atau mungkin mereka hanya penonton biasa yang make-up terover kunun2 artis.

3. Melihat konsert pada pentas canggih bertaraf dunia, penonton tidak perlu berebut ke depan stage, tidak perlu melompat, hanya perlu duduk menghayati dan mengerakkan sedikit badan mengikut alunan musik.

4. Sound system musik superb, gesekan viola dan cello secara full-fledged orchestra memenuhi ruang dewan, di serikan petikan gitar letrik Man Keedal, ketukan dram dari Tom, pukulan rebana dan gendang dari Kamarul, dengan mainan lampu canggih dipentas, atmosfera dewan berentak rochestra, menagumkan!

5. Katanya 17-piece, alatan tradisional dan moden, juga mini-orchestra apabila digabungkan dan disusun indah musik arrangementnya oleh Eddie Marzuki (Hj. Ismail Marzuki), wa rasa lagu2 yang dah berusia lebih 30 tahun menjadi seperti lagu baru, Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, terbaek!

...kalau kita sukar untuk menjaga segala mcm perkara, sekurang-kurangnya jagalah hanya seketul, hanya seketul daging didalam diri kita...

6. Sebuah puisi yang dilagukan penuh emosi, melodinya juga sedap dari sebuah puisi yang mantap, Ziarah. Puisi jihad si ibu untuk mendapatkan makanan untuk anak2 mereka.

...lagu ini ilham dari penulis puisi yang lawatannya ke afrika, palestin, yang ibu2 disana hanya satu cara sahaja mengatasi anak2 mereka dari kelaparan, tiada makanan, dengan hanya menidurkan anak2 mereka...

7. Halaman Rindu, Seruan, dua lagu dari band rock Lefthanded yang dinyanyikan menyerlahkan lagi kegamatan rochestra. Wa suka part goreng Man Keedal, diiringi gesekan rancak viola.

8. Pernah terfikir tak sewaktu Adam seorang diri di syurga? Boring tak? Sebab itu kita kena menghargai kaum hawa. Ini intro Ramli Sarip untuk lagu Adam dan Hawa. Petikan gitar kapur Ramli Sarip memang best!

...kaum hawa itu cantik, beautiful, mistikal, magical...

9. Sesekali zapin pun layan gak. Ini lagu yang paling wa sker sepanjang malam tu. Mungkin sebab wa jarang dengar lagu ini, atau tak pernah dengar barangkali. Berduet dengan Misha Omar memang menaik, lenggok sora dan gerak badan Misha menyanyi lagu zapin memang menghiburkan, dan dikuti dengan tarian gerak balas keras ala2 robot si Ramli Sarip menari memang kelakar. "Wa rockers beb, mana ada rockers menari zapin." kata Ramli Sarip masa orang gelak sebab menari style robot iklan bateri Duracell.

...selagi ada bulan ada bintang hamba jalan...

10. Wa memang gagal bab istilah pitching dan vokal, tapi bagi wa jika pitching Ramli ke laut sekalipun, dia tetap terbaek kerana vokal dia bukan datang dari dalam perut, atau dari anak tekak, lunak serak sora dia datang dari hati, begitu menjiwai setiap bait perkataan yang diluahkan.

...saya tidak pernah terfikir suatu hari nanti saya akan menyanyi di depan hadirin yang cukup menjiwai setiap lagu yang disampaikan. Kadang2 sebagai penghibur, saya sendiri sukar menjiwai lagu yang disampaikan. Apapun, bukan bermakna imej rambut panjang tidak menjiwai. Betul tak?...

11. Keliru, 2nd best song yg wa suka malam itu. Musik rock serentak dengan gesekan viola rancak, bila tang masuk chorus alatan musik lain berhenti, hanya kedengaran gesekan viola ala viola Vanessa Mae, lirik juga mantap!

Ku pandukan cahayamu
Darimu Ilahi
Aku bersujud memohon doa
Memohon rahmat, memohon restumu
Kau senangkanlah
Mudahkanlah perjalanan hidupku
Selama ini aku terpedaya
Dan keliru, keliru, keliru, keliru

12. Wa kasi konsert nie 4 1/2 bintang dari 5 bintang. Mana lagi 1/2 bintang? Lagi setengah bintang sebab tak ada lagu Batu. Apapun tahniah untuk Ramli Sarip. Wa berdiri dan tepuk tangan tanda puas untuk persembahan dan pemuzik2 hebat korang.

...kita semua adalah sama, jika kami di atas stage ini adalah bintang2, anda semua adalah kejora, jika anda semua sang bulan, kamilah sang purnama...


13. Wa rasa Ramli Sarip kini sudah tak boleh digelar penghibur, juga perlu diberi taraf pendakwah. Berdakwah dengan caranya sendiri. Kata-katanya penuh nasihat. Lagu-lagunya adalah lagu kerohanian dan ketuhanan.

Syurga tanpa hawa

bagai cinta tak bertuan,

Hawa dalam syurga cinta

bagai tak keruan,

Ciptaanmu paling mistik

kutertawan,

Aku hamba dalam cinta rekaan.

Labels:

2 Comments:

Blogger I Am The Vault Dweller said...

x ajak pungg...

12:40 PM  
Blogger Suhaimi said...

lupa lak dulu kat IB kau layan sama aku.. hehehe.. tak per nanti kalu ada konsert ala2 relaks tapi best kat IB or DFP, aku ajak ko...

10:49 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home