wahai rakyat sekalian
Wahai rakyat2 sekalian. Beratus juta tahun dahulu, bumi ini suci, tiada sisa toksik, tiada pencemaran. Cuma ada binatang-binatang besar yang kita panggil dinasour. Sewaktu saya duduk di bangku tadika kemas, cikgu pernah bertanya bagaimana dinasour pupus. Hampir terpacul keluar dari mulut saya yg dinasour mati dibunuh ultraman. Pengaruh superhero Jepun itu cukup kuat, hinggakan pergi ke sekolah pun saya bawa sebatang kayu pendek yang kununya kalau saya genggam dan angkat kayu tu ke langit, saya akan jadi Ultraman. Hanya tunggu masa kemunculan dinasour untuk saya lakukan itu. Malangnya hingga hari ini, dinasour tak muncul2.
Wahai rakyat2 sekalian. Malam tadi saya layan discovery cenel. Citer dinasour. Kisah dinasour begitu byk spesisnya hinggakan nak sebut namanya pun payah. Mereka ini ada yang berkawan-kawan, ada yang duduk sendirian, dan ada yang selisih pendapat tidak mahu bersatu berganding bahu atas nama dinasour, mcm org2 berpolitik. Teori menceritakan mereka ini ada yang pupus dek kerana perubahan cuaca, ada yg kata taik bintang besar sudah hentam bumi. Malapetaka besar berlaku. Debu menyelubungi bumi beratus tahun. Tiada satu pun dinasour yang dapat hidup akibat bencana ini. Dinasour yg mati di tanah tinggi dapatlah kita melihat tulangnya. Sementara yang mati di tanah rendah seperti di laut, menjadi reput dan tertanam, mendap. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun silih berganti, berpuluh tahun, beribu, beratus juta tahun dinasour ini dilapisi dengan kelodak dan pasir. Haba dan tekanan tinggi yang mengambil masa yang teramat lama inilah yang menghasilkan minyak.
Wahai rakyat2 sekalian. Berpikirlah, berapa lamakah kita perlukan untuk menghasilkan seliter minyak petrol? Dan berapa lamakah kita perlukan untuk menghabiskan seliter minyak ini? Juga berapa lamakah kita menunggu hingga terhasilnya seliter minyak untuk digunakan dengan hanya membayar rm1.85 sahaja?
Amacam, wa leh jadi ahli politik tak?

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home