Wednesday, April 25, 2007

selamat hari ibu

belum pun bulan Mei, aku dah ucapkan Selamat Hari Ibu. oleh kerana kita semua mahu rebutkan anugerah anak ibu yg terbaik, marilah sama2 kita ucapkan selamat hari ibu dan hadiahkan al-fatihah untuk mereka.

selamat hari ibu buat ibu yang matanya semakin kabur.
selamat hari ibu buat ibu yang bila malam suhu badannya tinggi. demam.
selamat hari ibu buat ibu yang batuk kahaknya tak baik2.
selamat hari ibu buat ibu yang perlu dipapah untuk ke bilik air.

dan......

selamat hari ibu buat ibu yang suaminya hanya muncul setiap ujung minggu.
selamat hari ibu buat ibu yang setiap malam2nya sepi tanpa suami.
selamat hari ibu buat ibu yang punya suami tapi tak dpt menjaganya setiap hari.
selamat hari ibu buat ibu yang setiap hari menjaga anaknya tanpa suami.

idup ini perlu kesabaran. apalah erti kehidupan tanpa kesabaran.

tak perlu dipanjang-panjangkan pada org2 lain, kerna ini bukan nak raih simpati. hanya sekadar lepasan emosi dan luahan hati. hati sepi. S.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home