Monday, May 14, 2007

Selamat Hari Guru

Di sebuah sekolah. Kelas 1 Murni. Guru kelasnya berkata "Murid semua, tahu tak Rabu nie hari apa?."

Kelas Senyap.

Guru menyambung sambil tersenyum, "Rabu ini adalah Hari Guru. Setiap tahun pada 16Mei adalah Hari Guru. Faham tak?"

Murid-murid menjerit serentak, "Fahammmmmmmmmmmmm!!!!".

Guru sambung bicaranya "Untuk itu sekolah kita akan menyambut Hari Guru pada hari Khamis. Jadi... pada Hari Khamis nie.. cikgu nak setiap murid datang bawak hadiah untuk cikgu. Faham tak?"

Murid-murid menjerit serentak, "Fahammmmmmmmmmmmm!!!!".

Guru tersenyum. Pasti tahun nie seperti tahun2 yang sudah. Di bilik guru, mejanya lah yg paling byk hadiah mengalahkan guru2 yg lain. Banyak kuntuman dan jambangan bunga.

Selamat Hari Guru. S.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home