Wednesday, December 19, 2007

Surau Sentul vs Masjidil Haram Mekah

Mengikut pusingan bumi di paksinya, Jepun menerima cahaya matahari terlebih dahulu,
diikuti Malaysia, kemudian India sehinggalah negara Arab Saudi dimana terletaknya
tanah suci Mekah.

Mengikut kira jam, Malaysia adalah 6 jam lebih awal berbanding tanah suci Mekah.
Jika disini jam 10 pagi, di Arab Saudi masih lagi pukul 4 pagi. Kalau di sini jam
6 petang, di Saudi pula pukul 12 tengahari.

Tapi kenapa esok kita sambut Aidiladha sedangkan tanah suci Mekah, Arab Saudi
menyambutnya pada hari ini? Kita kena ikut mereka. Inilah persoalan yang diutarakan oleh ahli jemaah surau rumah saya.

Wahh wahhh raya nak ikut Arab Saudi. Depa tak baca qunut waktu solat Subuh,
kita tak ikut pulak. Depa kata rokok haram, kita isap jugak. S.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home