sumpah
Sewaktu zaman kanak-kanak.
"Mie, semalam Shida awek cun kelas sebelah kim salam kat kau".
"Betul ker nie" wa sangsi.
"Betullll takkan kawan2 pun nak bohong... hehehhehee" kata Kawan.
Wa tersenyum bangga, dan suka tapi mahukan kepastian.
"Sumpah? Sumpah, demi Allah." wa mahukan kawan wa bersumpah.
"Errr errr errr tumpah." Bunyi mcm sumpah. Tapi bukan sumpah, dan ia tidak sah.
......
Apakah mereka tidak belajar?
Wa, dari kecil diajar erti sumpah dan akibatnya. Sehingga kami takut nak bersumpah walaupun ianya benar. Takut, takut termakan sumpah.
Pengaruh rakan begitu besar dalam erti sumpah. Kami diajar supaya tidak berbohong. Alif Lam Lam Kha... sapa tipu dia berdosa, kata rakan sambil menulis kalimah Allah guna jari di dahi wa.
Mungkin cara kami sumpah tidak sah. Mungkin. Tapi kami percaya akibat berbohong dan bersumpah dengan nama Allah.
......
Apa yang berlaku sekarang bukan satu siri sequel cerita sumpahan kita sewaktu kanak-kanak. Tapi sekarang mereka mempermainkan sumpah seperti kanak-kanak.
Pasti ada kebenaran dan pasti ada pendustaan. Kalaulah wa punya bakat seperti siri penyiasatan Enid Blyton atau siri Detektif Conan, pasti dengan tenang itik berenang wa selesaikan segala yang terjadi.
......
Pesanan pada yang *layak mengundi. Pilihlah calon yang paling kurang rekod buruk dari kalangan yang buruk rekodnya, kerana tak ada istilah yang terbaik di kalangan yang baik untuk pemimpin politik sekarang ini. Jika ada pun hanya minoriti.
End.
*layak maksud saya tidak termasuk pengundi hantu.

1 Comments:
sumpah sekarang hanya jd sumpah kalau dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home