Tuesday, January 05, 2010

waktu darjah 1, hari pertama.

waktu darjah 1, hari pertama. wa teringat kat seorang budak, kawan wa. time dia nampak mak dia terhendap-hendap kat tingkap kelas, time tu laa dia menangis dan mengamuk nak balik rumah, tak mau sekolah. tapi bila mak dia tak de, dia pulak yang paling lincah, hyper-aktif. aksi melompat dari meja ala-ala smackdown, berlari dalam kelas ke sana ke mari sambil menjerit keriangan.

dek kerana dia yang terlalu aktif, cikgu wa yang agak berisi dan fesyen rambutnya ala lydia schum atau rambut stylo spt bekas ketua wanita parti keris silang, merasa begitu marah. marah cikgu agak keras sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah member wa. tahap paling kasar bila cikgu tu menunjal-nunjal kepala member wa ngan jarinya. hasilnya, member wa spontan dan pantas memegang dan mengigit jari cikgu. jerit dan meraung si cikgu. kesian kat cikgu kan?

dan member wa tu sudah menunjukkan bakatnya, pelapis untuk mencalarkan kereta guru displin kelak.

2 Comments:

Blogger paNavia said...

hebak muuuu...
citer darjah satu pun igt lagi

4:18 PM  
Blogger Suhaimi said...

tang gigit jari cikgu tu yg wa tak leh lupa...

4:21 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home