Tuesday, August 10, 2010

Malu Sendiri

Wa berada di Hospital Selayang. Ayah kawan wa dalam kritikal. semoga semua berjalan dengan baik, ameen.

Sewaktu wa di hospital, wa perasan ada seorang akak. Seperti pernah ku lihat, tapi dimana yer? Ah, lupakan jerlah. Memang dalam suasana ramai begini, mcm2 rupa kita tengok. Silap2 muka iras2 bekas awek kita pun ada terperasan kat hospital.

Selesai melawat, wa dan kawan pun mengambil haluan masing2. Wa shakehand ngan Pojie dan Aji, tanda perpisahan dan berjumpa di lain masa. Wa merempit pulang agak deras, dek kerana mengejar maghrib yang dalam keadaan kritikal countdown ke isyaq. Wa meluru masuk menaiki lif tekan punat no. 5, ke rumah.

Rumah flat macam gini laa keadaannya. Lif ada 3 ketul, setiap tingkat ada 20 rumah, jumlah tingkat ada 17. Kalaulah setiap isi rumah ada 3 orang. Lu kiralah sendiri, betapa teruknya lif perlu berkhidmat mengangkut orang turun naik. Lif, jasamu dikenang.

Wa perlu kejar maghrib wa. Wa berdiri depan pintu rumah sendiri sambil menyeluk poket meraba kunci rumah.

"eh dek!" Ada suara menyapa dari belakang.

Wa toleh. Aik? Macam magik. Ini akak yang wa perasan kat hospital tadi.

"Adik melawat sapa tadi?".

"Hmm ayah kawan saya".

Akak tu berlalu selepas sessi berbual mesra. Wa jingket-jingket, panjangkan leher, ushar2, nak tgk akak tu duduk rumah yang mana satu.

Jiran wa sama tingkat rupanya.

Malu sendiri!

1 Comments:

Blogger salman ® said...

itu flat beb....yg rumah teres banglo tu..lagi la susah nak cam. ehehe

11:27 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home