Wednesday, May 30, 2012

Guru Umpama Lilin yang membakar diri


Saya punya guru.Guru perempuan. Badan berfigura jumbo ala Adibah Noor, Rambut mengembang seperti Hafiz AF, kerinting. Dia guru Bahasa Melayu. Pelajaran hari ini adalah Perumpamaan. Saya suka cikgu saya. Karangan saya pernah dijadikan contoh kepada rakan-rakan. Oleh kerana itu saya suka cikgu saya.  Dia baik hati. Di samping mengajar ada lawak sekali. Walaupun ianya lawak yang tak jadi.

Hari itu saya bergaduh. Saya sudah lama pendam. Emosi sudah tidak boleh ditahan-tahan. Sesuatu harus dilakukan. Perlakuan harus dilakukan dengan tumbukan. Saya mengenggam erat tangan kiri saya. Segala tenaga dialirkan terus pada gengaman saya. Mata saya kecikkan agar menyasar pada target. Nafas saya kencang. Langkah yang pada mulanya perlahan kini semakin pantas ke sasaran.


Saya menolak kasar hingga tersandar ke dinding. Saya cekak kolar bajunya. Tangan kiri saya angkat. Genggaman erat sudah bersedia menerima arahan hati. Pada saat tumbukan menuju sasaran....



“Sumi!!!!!!” jerit cikgu kesukaan saya.

Gerakan buku lima saya terhenti.

............................................................................

Bilik Guru.

Di hadapan saya berdiri guru yang saya sukai, bersama guru displin.

“Kenapa kamu tumbuk dia?” Tanya cikgu.

Saya hanya tertunduk. Takut pada guru displin. Saya menjawab setelah didesak dan disoal beberapa kali.

“Dia buat perumpamaan, cikgu besar macam gajah”

Hari itu saya belajar sesuatu. 

Niat yang baik tidak menghalalkan cara yang tak betul.

Pedih kena rotan ditangan masih terasa.


Sekian.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home