tenggelamnya kapal van der wijck
“Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi.”Wa tak pandai main ayat-ayat cinta. Wa juga punya jiwa malas membaca terutama kisah cinta dalam helaian novel yang tebal beratus muka suratnya. Cuma, wa punya kawan yang giler membaca buku. Oleh kerana wa jenis yang mudah terpengaruh. Wa layan lah juga buku yang dicadangkan oleh seorang kawan, “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck”.
Penulis buku ini adalah Hamka. Lu orang kenal HAMKA? Wa kenal gitu-gitu sahaja. Orang-orang kata si Hamka di antara intelektual sastera dan ilmuan agama. Wa pun dengar-dengar sahaja, dan tidak ambil kisah.
Dasar malas membaca, memang lah susah nak baca. Tapi dari helai ke sehelai wa baca tulisan Hamka, feel dah masuk dalam jiwa, makin seronok pula. Tulis Hamka memang ulung. Buku yang diterbitkan tahun 1937 (mak wa pun tak lahir lagi) tidaklah kuno tonasi ayatnya. Malah aku rasa seperti beritma dan berlagu gaya penulisannya.
“Di belakang kita berdiri satu tugu yang bernama nasib, disana telah tertulis rol yang akan kita jalani. Meskupun bagaimana kita mengelak dari ketentuan yang tersebut dalam nasib itu, tiadalah dapat, tetapi harus patuh kepada perintahNya”

3 Comments:
buku ni memang best..aku baca buku abah aku yang dia simpan dari zaman dia sekolah dulu, memang klasik!
bila aku baca tertanya gak... bila part kapal nie... rupanya bab last2 jer... :)
nak pinj..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home