Monday, April 18, 2011

Pengalaman Cemas Saya

Wa ada awek. Cun beb, mirip Sencha Al Yahya. Pernah screentest jadi model, tapi gagal. Hampir jadi stewardess, juga gagal. Akhirnya berjaya jadi pekerja kaunter bank BSN, beruniform batik warna biru, lawa.

Baru-baru ini wa ke BSN. Urusan pinjaman peribadi. Wa duduk menunggu giliran. Sebelah kiri wa, seorang makcik India sedang asyik mengunyah sirih. Sebelah kanan seorang ibu cantik bersama anaknya, comel. Tesengih-sengih dan ketawa si anak kecil bila di agah-agah. Comel dan kiut-miut.

Gedegang! Pintu bank di buka, keras. Kelibat 4 orang serba hitam deras meluru ke kaunter tanpa mengambil angka giliran.

Bang! Bang! Bang! Mereka menembak tepat ke kamera tertutup di empat penjuru bank.

“Ini rompakan!!! Sila ikut arahan. Jangan ada yang cuba bertindak superhero” pekik salah seorang dari mereka.

Kami jadi cemas, muka masing-masing pucat lesi.

Dua orang perompak masuk ke bahagian dalam bilik pejabat. Dua lagi berkawal di luar kaunter.

Budak comel sebelah wa menangis ketakutan. Ibunya cemas, cuba menenangkan anaknya.

Suasana menjadi kelam kabut dan pantas.

“Diam!!!” tengking salah seorang perompak bila mendengar tangisan si anak kecil. Ibunya lantas mendakap kuat anaknya agar tidak kedengaran bunyi tangisan.

Sepantas kemudian dua orang mereka keluar dari bilik dengan dua karung besar.

“Berapa?” tanya salah seorang dari mereka.

“Standard aaaa, 6 juta” jawab perompak yang memegang karung.

Teriakan si anak kecil makin kuat. Si perompak semakin tidak senang hati. Si ibu kelam kabut menenangkan anaknya. Suasana makin tidak terkawal.

Si perompak menarik kasar tangan si kecil. Si ibu meraung cuba melawan si perompak. Rayuan usah diperapakan anaknya tidak diendah. Semuanya berlaku begitu pantas. Si kecil di bawa masuk ke dalam bilik pejabat.

Bunyi tamparan jelas diselang seli dengan tangisan si anak kecil. Si ibu meronta-meronta minta dilepaskan tetapi dipegang erat oleh perompak. Suasana menjadi tidak tentu arah. Si anak kecil berteriakan memanggil ibunya. Si ibu di luar menangis dan merayu-rayu mahukan anaknya.

Bang!!!

Bunyi tembakan dari dalam bilik pejabat. Suasana sepi. Tiada suara anak kecil. Si ibu di luar bilik tergamam. Awek wa di kaunter juga terdiam. Makcik India sedang makan sirih juga terdiam. Wa yang memang pendiam juga terdiam.

The End.

5 Comments:

Blogger salman ® said...

oih..kejam cerita ni

5:17 PM  
Blogger Suhaimi said...

18SG

8:04 AM  
Blogger Zakiyah Zainon said...

biar benar?!

1:30 PM  
Blogger ...rux... said...

ko nih byk tgk tv lar sen

5:50 PM  
Blogger I Am The Vault Dweller said...

sen ni byk baca novel remaja 7 budak penyiasat terbitan enid blyton

10:37 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home