Thursday, January 17, 2008

buka baju

Singgah mesjid utk bersolat Maghrib. Ustaz tengah rancak berceramah. Jemaah khusyuk mendengar. Aku tak pasti apakah topik dan isi ceramah. Cuma terdengar Ustaz bercerita hal seorang artis yang dahulunya rancak menyanyi lagu kerohanian (nasyid), tapi kini dah jadi artis tak berapa nak kerohanian. Tindakannya membuka baju sewaktu buat persembahan telah mengundang padah. Artis telah minta maaf secara terbuka dan pihak pengurusan telah mendenda dia buat kerja amal selama 6 bulan.

"Saya berbuat begitu (membuka baju) kerana mahukan keseronokan tetapi saya salah perkiraan dan tidak pula mempertimbangkan tindakan saya itu dengan tepat."


Ermmm.. boleh tak pihak pengurusan denda perempuan yang dedah dada (lurah jerrr), dedah peha, pakai rambut palsu kaler2, pakai bulu mata palsu lentik mcm penyapu. Saya rasakan mereka juga perlu di denda. Hehehee atau pihak pengurusan seronok tengok mereka begini. Kalau artis lelaki dedah tak sanggup tengok sebab itu di denda. Kalau perempuan, sudah dikira 'tayangan percuma'. Layan jer laa... opss maaf.. tuduhan saya agak melulu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home