Thursday, January 03, 2008

TV

Tanggungjawab kita mendidik dan membentuk anak kita menjadi yang terbaik. Cabaran paling besar untuk menjadikan anak-anak kita cemerlang adalah televisyen.

Walaupun baru berusia dua tahun, tapi sudah nampak jika TV terus dibiarkan bersama Ultraman-Nabil, maka semua orang akan disepak teranjang seperti raksasa.

Menafikan TV kepada kanak-kanak adalah satu lagi sifat derhaka si dewasa kepada kanak-kanak. Cukuplah mereka dipinggirkan pabila berjemaah di mesjid. Meletakkan mereka di saf2 yang paling terperosok di belakang. Cukuplah mereka diherdik ketika mahu bersuara dan mengeluarkan pendapat. Alasan orang2 dewasa, budak-budak jangan menyampuk orang2 tua bersembang.

Adalah sukar memisahkan anak dengan televisyen sedangkan ayahnya khusyuk menonton siaran lansung bolasepak Perdana Inggeris. Sementara si ibu tidak pernah terlepas drama 'kering' bersiri-siri episodnya. Kenapa anak-anak tidak diberi peluang
bersama televisyen seperti orang dewasa.

Cara yang dirasakan terbaik adalah duduk bersama mereka menonton Ultraman. Berbual-bual dengan mereka dan berbincang kisah tindakan-tindakan si jahat yang mahu memusnahkan bumi kita. Jadinya mereka tidak terus hanyut. Jangan pula nanti si ayah pula yang hanyut, dan begitu ghairah melebihi anak-anak mereka sendiri. :)

Sewaktu saya di sekolah, kawan-kawan datang dari keluarga yang berlainan latar-belakangnya. Mereka terdiri dari anak doktor, anak polis, anak pak imam, anak pesara tentera (saya laa tu) dan anak ahli perniagaan. Memang latar-belakang berbeza tetapi kami semua menonton cerita kartun popular Transformer. Jiwa kanak-kanak dah memang begitu, tidak kiralah anak Menteri atau anak tukang kebun. Kartun Superhero itu lah yang digemari.

Memperbanyakkan isi cerita yang bermutu dapat membantu anak-anak kita. Aku rindukan siri kartun Upin-Ipin dan Saladin. Moga mereka dapat menyambung siri kartun ini.

Sabtu, malam minggu. Majlis Makan Malam Tahunan syarikat tempat isteri bekerja. Aku tak pergi. Sebab setiap tahun tiada tuah yang boleh dibawa pulang dari majlis tersebut. Tuah saya siapa yang tahu, tuah ayam di kaki. Malam itu si isteri pulang ke rumah dengan sekeping surat, tertulis "2nd Prize Lucky Draw - Sony Bravia 32' LCD". Satu lagi cabaran besar membesarkan anak yang ada TV besar. Tahniah Liza. :) S.

1 Comments:

Blogger EnCikLi said...

murah rezeki tul...

9:59 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home