dua anak
Dua anak. Sudah lama aku rancang tentang ini. Aku mahukan dua anak. Setiap kali pulang ke Sg Ular, ini antara yang mahu aku laksanakan. Berusaha gigih. Aku ingin mendapatkan dua anak.
Lalu dengan akuarium besar yang ada (terima kasih bayam), aku ronda-ronda seluruh
Kuantan. Kuantan bukanlah tempat yang baik untuk mendapatkan anak ikan. Ini bukan sebarang anak ikan, ini anak ikan kelah. Ini bukan sebarang ikan kelah, ini anak ikan kelah merah. Seekor anak kelah rm18. Mahal.
Nah... kni aku sudah punya dua anak kelah. Setiap kali balik Sg Ular, ini antara yang aku tatap, selain tatap anak dan isteri. Waktu beli sebesar dua jari, kini sudah besar tiga jari.
Hermmm memang hidup, apa-apa pun ajal yang kau tempuh. Sabtu lepas dua anak kelah ditemui mati. Sedih bukan kepalang. Begitu terasa kehilangan.
Ini hanyalah kehilangan ikan kelah. Bagaimana perasaan mak ayah yang kehilangan anaknya (Dimana Sharlinie)? Jahanam si penculik!!!

2 Comments:
ceh! anak ikan..uwaaaa...!!!
pantun ke ni
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home