Wednesday, April 02, 2008

bius tahan sakit bersalin

Labour Room.

Liza kesakitan. Wa hanya mampu memerhati. Hanya berpautan
tangan memberi semangat. Sakitnya makin mengila.

"Sakit sgt yerrr liza" tanya Nurse, wanita India berumur 40an.
Bini gua hanya mampu mengangguk.
"I can give u epidural, if u want...", offer Nurse.
Bini gua menggeleng kepala.

Bini wa pernah beritahu, tidak mahu epidural.
Nanti tak rasa kepayahan nikmat bersalin. Wa ok jer... bukan wa nak tanggung azab
sakit...

"Kalau Chinese or Indian sudah ambil epidoral, tapi Malay ok laa..
Malay ada semangat sebab boleh mengucap..." kata Nurse India tadi.

Statement Nurse Indian itu buat wa tersentak.

Apakah yang dimaksudkan dgn mengucap? Kalau apa yg dimaksudkan olehnya itu sama
seperti yang dimaksudkan, moga-moga dia perolehi Cahaya Keimanan. Ameenn.

Maka, terus-terusan sepanjang proses itu wa mengucap dan berselawat.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home