Thursday, January 24, 2008

Anjing Liar

Hanjeng!!!

Pagi yang gelap, seperti mahu hujan. Pagi ini agak lewat ke kerja (eleeh hari2 pun lewat).

Anjing liar memang merata-rata di kawasan ini. Spesis anjing begini semakin banyak. Anjing liar jijik. Kulitnya kotor dan berkurap. Kudis di sana sini. Eeeyarkk!

Aku tak ada masalah anjing liar yang semakin banyak. Tidak ambil peduli dengan anjing liar sebab anjing liar tidak ganggu kehidupan aku, tidak menyusahkan aku.

Sehingga pada pagi ini apabila seekor anjing liar menghalang laluan aku. Begitu selamber berdiri di tengah jalan. Ahhhh hanjeng betul anjing nie. Lewat ke kerja bertambah lewat kerana anjing liar ini.

Anjing masih berdiri. Aku mengerakkan kereta perlahan-lahan dengan harapan anjing ini akan berajak ketepi. Sangkaan meleset. Anjing liar ini masih terus berdiri tegak di situ. Mulalah dalam hati mahu sumpah-seranah, maki-hamun. Mahu mati kena langgar agaknya anjing ini, atau memang anjing liar ini mahu bunuh diri.

Dalam keadaan hati yang panas dengan anjing liar, tiba-tiba kelihatan 3-4 ekor anak anjing liar melintas di hadapan kereta aku. Kemudian barulah anjing liar yang menghalang laluan tadi ketepi.

Pagi itu aku belajar sesuatu dari seekor ibu anjing liar. S.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home