Wednesday, March 12, 2008

merdeka

Sehari selepas pilihanraya, masih ada lagi bendera-bendera di sekitar kampung saya.

Aku tanya Nabil, "billl... tu bendera apa?".
Nabil menjawab, "bendera merdeka".
Aku tersenyum dan mengajar, "bukan... itu bendera BN, dan itu bendera PAS".
Tak ada respon, Nabil diam. Tak berapa nak faham.
"Tak per cukup pelajaran hari nie, esok lusa papa ajar apa itu majoriti 2/3,
apa itu Manifesto, apa itu pengundi hantu, dan apa itu dakwat hitam".
Tak ada respon, Nabil diam. Muka 'Blank'.
"Tak per nanti papa ajar apa itu Ultraman Tiga, Hero Daigo dan Heroin Reena."
Ada respon, Nabil tersengih dan mula bersuara sambil membuat aksi Ultraman.

Kadang-kadang bersembang politik dengan budak 2 tahun lebih seronok dari bersembang
dengan penganalisis2 kampung.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home