Sentul Maju
"eleeehh Kuala Terengganu pun sejak akhir-akhir nie jer baru ada mydin, Giant dan Mesjid Kristal. Baru sekarang nak ada itu ini." Kata seorang sahabat.
Sedar atau separa sedar, kemajuan dinilai dengan adanya Mydin, Giant, mcD, Secret Recipe, Masjid lutsinar Kristal. Oleh kerana itu istilah kemajuan bagi kita, maka kerajaan pun penuhi apa yg orang-orang kita mahukan.
Aku suka Ulul Albab yang boleh kita tengok di sepanjang jalan di Terengganu. Di ambil dari Al-Quran yang mahukan kita menjadi orang yang berfikir tentang sesuatu bidang bersumberkan Al-Quran.
Aku juga suka modal insan yg diwar-warkan. Teknologi canggih yg kita mahu, tapi teknologi canggih boleh digunakan ke arah tak elok jika modal insan tidak diserap dalam diri...
Aku suka kemajuan di nilai dari dua faktor ini, malangnya dua faktor ini masih diperingkat sukar dilaksanakan jika Mydin dan Giant masih menjadi ukuran sesuatu kemajuan. Sekian. S.
p/s: Tanpa MyDin dan Giant, dan dengan hanya berbekalkan Ong Tai Kim, Sentul boleh maju tau sekarang.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home