Wednesday, April 09, 2008

derma darah

Derma darah? Hermmm saya takut jarum....
Perasaan utk jiwa yang pertama kali menderma.

Gentar, takut, cuak, darah gemuruh, cemas.

Semua perasaan itu hilang pabila melihat pada adik nurse yang memeriksa saya.
Cantik, ayu, manis.

"Encik, darah jenis B. Encik boleh ke meja sebelah berjumpa dengan doktor" kata nurse itu. Aku senyum. dia pun tersenyum. Indahnya dunia.

Belum pun lenyap rupa nurse dari pandangan, muncul pula doktor muda.
"Saya nak check tekanan darah awak. Semalam tidur cukup 5 jam kan..." Doktor itu tersenyum. Senyum seindah suria yang membawa cahaya. Arghhh aku diawan-awanan.

"Ok, awak lulus utk derma darah. Kami ambil 450ml darah awak." kata doktor cun.
450ml jerk? Doktor punya hal nak sebaldi darah pun saya sanggup.

Masih tersenyum dan merasa diri dibuai-buai, saya ke kerusi utk proses terakhir. Kerusi direndahkan dan dibaringkan. Tangan di hulurkan untuk proses memuat-turun darah ke dalam bekas. Mata aku sudah memandang siling, sambil tersenyum dan berangan-angan.

*Agak2 bila kita boleh couple?

.......

Malangnya segala impian dan lamunan musnah. Proses perpindahan darah dilakukan oleh seorang Nurse India lewat 30-an. Terhenti lamunan, menandakan sudah tiada 'bius' angan-angan. Maka perasaan Gentar, takut, cuak, darah gemuruh, cemas kembali menerjah.

Aku fokus semula pada niat asal. Ikhlas mahu menderma. Pejam mata. Baca bismillah, niat dalam hati dan berdoa moga2 sebotol darah ini akan digunakan untuk mereka yang nazak memerlukan darah. Ameennn.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home