rm2
Mesyuarat PIBG.
"Saya mencadangkan yuran PIBG rm5 setahun dinaikkan rm2 menjadi rm7. Keadaan sekarang rm5 setahun begitu tidak sesuai memandangkan segala kos sekarang semua sudah naik." kata pencadang.
"Saya bangkang!!! Orang mencadangkan hanya punya seorang anak sahaja di sekolah ini. Tidak fikir pada orang kampung ini yang hidup susah. Yuran sekolah pun mereka tak bayar, inikan pula yuran PIBG yang hendak dinaikkan." kata pembangkang.
Pihak pencadang bingkas bangun mendapatkan microfon. "Kalau tambahan rm2 tidak mampu nak bayar, saya rasakan orang itu bukan orang kampung ini. rm2 setahun, cubalah fikir demi kebaikan anak kita. Kita simpan sehari 5sen. Tidak perlu tunggu setahun, 40 hari kita sudah perolehi rm2." kata pencadang.
Saya berada di luar dewan ketika perbincangan dijalankan. Terfikir dalam hati, adakah begitu miskin orang kampung saya ini. Isu rm2 ini mengambil masa berjam-jam dibincangkan. Adakah isu rm2 ini lebih besar dari isu sosial anak-anak kita sekarang. Begitu cantik kalau pagi itu mereka membincangkan peranan pihak sekolah dan ibubapa dalam menangani isu sosial anak-anak kita.
Saya berada di luar dewan ketika perbincangan dijalankan. Melihat Nabil bermain bersama anak-anak yang ibubapa dan guru-guru-nya membincangkan hal rm2. iyaa... inilah sekolah yang bakal Nabil duduki 4 tahun dari sekarang. Adakah sekolah ini yang terbaik untuk nabil?

4 Comments:
sern,
isunya bukan sekolah, isunya ialah mentaliti kita org mesia. gi la skolah mana pun... itu juga la ceritanya.
lynmk
just my 2 cent
itu lah yg cuba saya sampaikan dlm entry saya itewww... :) harap guru2 dan bakal guru dpt menyedarkan masyarakat kita...
go barcelona go
ramai lg org kita yg lena...
penah org tulis dlm paper... *sport rim & accessories kereta sanggup abih beribu, rm seratus-dua setahun tuk anak pun nak berkira*
ARGHHH..tension aku pasal duit yuran nih!
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home