Thursday, September 04, 2008

rajuk & amuk

Amuk. Nabil mula menunjukkan tanda-tanda protes dan dia akan mengamuk.

Teori 1.
Pakar kanak-kanak mendapati kanak yang berumur antara 16 bulan ke tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums.Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat ini mempunyai kemahuan yang sangat tinggi dan mereka egosentrik atau mementingkan diri ( terutama pada umur sekitar dua tahun ke tiga tahun).


Nabil menarik muka masam. Sesuatu yang diidam tidak ditunaikan kami. Apakah tindakan Sumi?

Teori 2.
Sekiranya anak terus mengamuk cuba jangan peduli dan tinggalkan sekejap. Dr. Hugh Jolly dalam bukunya " A book of child care" memberikan tip ini dengan mengatakan- " A person performs better with audience" iaitu seorang akan memberikan persembahan yang lebih baik di hadapan penonton Saya dapati tip ini mujarab untuk kesemua anak-anak saya dan kebanyakkan anak-anak di taska. Jadi kalau anak terus mengamuk jangan perhatikan. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai apabila mengamuk.


Dalam tindakan ini si ibu pasti kalah. Ibu mana yang sanggup tengok anaknya dibiarkan. Dalam apa tindakan kena sepakat. Dan dalam apa pun keadaan, masing-masing kena mainkan peranan. Lalu si ibu memujuk anaknya. Di pujuk-pujuk, masih tak jalan. Apakah tindakan Sumi?

Teori 3.
Tegas dan elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiapkali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangkamasa mengamuknya juga akan lebih panjang.


Sumi tidak berdaya membuat tindakan berdasarkan toeri di atas. Teori tak semudah praktikal. Walaupun sudah separuh perjalanan pulang ke rumah, mengalah juga pada kehendak anaknya. Kereta berpatah balik, menuju ke Kuantan, berhenti di Beserah. Gerai di pilih, melihat yang terbaik. Sekilo rm12 kata penjual. Angkat dua biji, rm55 melayang. Kembali ke kereta. Terdapat sinar di muka Nabil. Gembira. Kemahuannya tercapai, hajat terlaksana. Dua biji durian di letak elok di bonet kereta.

p/s: tips dari rentis.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

mithali la lu jadi bapak hehehe
besday nabil sama ngan faaqihah kan? 8.9

11:49 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home