Wednesday, February 10, 2010

mesyuarat sekolah

dari jauh wa curi dengar perbualan para ibu bapa yg pulang dari mesyuarat PIBG. ceritanya tentang aktiviti sekolah yang akan diadakan tidak lama lagi, aktiviti sukan tahunan barangkali. berlaku khilafiyyah tentang siapakah yang layak merasmikan aktiviti tersebut. tokoh pemimpin merah putih, atau pemimpin dari hijau putih. maka masing-masing mahukan tokoh pemimpin dari kalangan kumpulan mereka untuk datang dan sekaligus merasmikan acara tersebut.

wa dah pening. perlu telan paracetamol untuk cari punca masalah diaorang nie. aktiviti sekolah ini untuk pelajar atau untuk ibu bapa?

eloknya sekolah mengadakan aktiviti sukan tahunan ibu bapa sahaja, pasukan rumah merah putih versus pasukan rumah hijau putih.

2 Comments:

Blogger Juraimee said...

yess.. I like...... very der...

8:33 PM  
Blogger salman ® said...

anak aku pelari simpanan je...eheheh
tgk kelam kabut je sukan...kami balik awal.

6:17 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home