Tuesday, April 20, 2010

world cup 2010 : bench

Pasukan kami adalah pasukan yang bagus. Semuanya pandai main bola. Pemain tengah melakukan hantaran tepat, penyerang hebat menyepak masuk ke gawang, pertahanan kental sukar ditembusi lawan...

Itu hari kami menang besar. 6 gol berbalas 1. Penyokong Pernas senyap, penyokong Petronas bersorakan. Inilah pertama kali wa hadapi senario bolasepak universiti. Begitu serius, banyak tekanan, tegang dan panas.

Malam ini diadakan perbincangan. Esok lawan kami lebih hebat. Pengurus memberi kata semangat. Kapitan memberikan strategi untuk menang. Wa sudah nekad, setelah nama 11 pemain disebut, wa perlu tegas beri pendapat sendiri, pendirian wa penting dalam pasukan.

Setelah pengurus mengumumkan nama pemain, wa angkat tangan seperti tanda protes. Semua mata tertumpu kat wa, wa jadi gemuruh, gubra.

"Saya rasa, saya rasa, saya tak bersedia untuk perlawanan esok"

Kenapa?

"Saya gugup, kurang pengalaman, tak biasa lagi ngan bolasepak serius macam nie"

Pasukan wa terdiri daripada senior yang hebat. Pemain tengah melakukan hantaran tepat, penyerang hebat menyepak masuk ke gawang, pertahanan kental sukar ditembusi lawan, cuma keeper budak junior yang agak gugup dan gementar.

Wa tewas sebelum berjuang. Padhulik! Ini bukan misi untuk mendapatkan semula bumi Palestin. Ini hanya berjuang mendapatkan sekalung medal bermodal rm2.

Malam itu wa boleh lepak cafe D9 sampai 1-2 pagi, layan nasi lemak, sambil chit-chat dan bergelak sama kawan2 tanpa perlu rasa tekanan seperti perlawanan sebelum ini.

Tahun itu juga kami juara. Wa hanya main dua game. Selebihnya hanya duduk di bench, sambil kunyah gula getah, tapi tetap naik podium dan dapat medal RM2 itu. Pin pinnnn jom berarak pusing Sintok.

Labels:

2 Comments:

Blogger Juraimee said...

acaiiii..... jangan buat pelekkkk!!!!

7:09 AM  
Blogger Suhaimi said...

chess sudah ku duga statement nie

11:03 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home