Friday, March 19, 2010

teater gamat 2

Gamat 2. Sudah lama wa tak merasa puas melihat teater seperti semalam.

Wa diperkenalkan kepada dunia teater oleh Amy Mastura dalam teater Siti Di Alam Fantasi, tahun 2000. Waktu itu wa dipersembahkan dengan kecangihan pentas IB, ditambah aksi mantap Amy Mastura dan kelucuan spontan pelakon anak2 kecil, begitu sempurna!

Bermula dari situ wa mula jadi peminat teater. Sedihnya, selepas Siti Di Alam Fantasi, Amy Mastura sudah tidak muncul dalam dunia teater. Gembiranya, wa semacam teruja pabila mendapat tahu Amy kembali kepentas teater bersama anak-anak kecil dalam teater Gamat.

Oleh kerana terlepas peluang untuk melihat Gamat 1, wa gagahkan diri untuk ke siri 2 teater Gamat.

Semalam, berbekal motor kapcai Honda EX5 series, wa ke Matic, jalan Ampang. Hampir sahaja mahu membelok masuk ke Zouk. Mujur wa dah set kat minda, wa punya objektif, mahu tengok teater.

Panggung teater Matic tidak secanggih Istana Budaya. Ruang panggung MATIC kecil, kekurangan ini dijadikan kelebihan untuk teater GAMAT. Aksi Amy Mastura menari shuffle, dan Ziana Zain mengayakan aksi cat walk ala fashion show hanya semeter dua dari tempat wa duduk.

Cerita GAMAT begitu mudah difahami, mungkin kerana teater kanak-kanak. Muzikalnya juga sedap di dengar. Cuma sound system menurut si Pojie, seperti ada kekurangan. Apa yang menarik tentang teater ini adalah interaksi para pelakon dengan penonton. Mereka membawa penonton turut serta berlakon bersama mereka. Curlast!!!

Kejutan berlaku pada Misha Omar, walaupun pertama kali berlakon teater, lakonan dia mmg mantorp. Lawak spontan dia memang menjadi. Weii Misha, lu better try Raja Lawak tahun depan, sure lu jadi Lawak King. Wa sker!

Overall teater kanak2 Gamat 2 wa rasakan memang terbaek dok ada. Penonton yang teridiri daripada separuh dewasa dan separuh kanak2 memang terhibur dari awal sampai habis. Semuanya sempurna cuma satu perkara yang wa rasa tiada dalam dewan teater semalam, Nabil dan Nina. Sekian.

Amy Mastura, ibu GAMAT, lakonan + persembahan terbaek

Misha, ketua ikan buntal merangkap polis laut, lawak, lawak dan lawak.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home