Tuesday, May 04, 2010

jogging

itu hari wa pi jogging.

kenapa? tak percaya?

wa pun mcm korang juga, pasang impian mau jadi sihat, dan lebih sihat.

oleh kerana mahu memberi kesan pada larian, wa tak makan nasi, hanya santap burger, burger ayam special.

wa mulakan aktiviti memanaskan badan. regangan, aktiviti yang dulu wa buat tiap kali sebelum naik gunung.

selesai.

wa berlari-lari anak, jogging namanya. makin lama makin penat, normal laa tu. sudah penat yang amat sangat, wa berhenti.

nafas keluar masuk dengan deras. tak cukup dengan hidung, dengan mulut wa bernafas, tercunggap-cunggap.

selesai.

wa beraktiviti cool-down. tarik nafas sedalam-dalamnya, tahan, perut jadi kempis, wa jadi kurus. hembus... wa kembali boroi.

selesai.

"mana?" mesej dari kawan.

"dato' keramat" wa balas mesra.

"pekena air buah gelas besar depan mesjid keramat pun menarik gak nie" mesej dari kawan.

"jom!!!" balas wa, mesra.

kami lepak dan berbual-bual, sambil wa pekena 2 gelas air buah, tahu bakar dan 2 pinggan char kuey tiaw. mesra!!!

wa pun mcm korang juga, pasang impian mau jadi sihat, jumlah makanan harus berkadaran langsung dengan jumlah larian tadi.

Labels:

3 Comments:

Blogger makhluk ijau said...

herk.. sia2 je ko joging.. nie mesti kes xder futsal.. aku suruh berehat la..

3:41 PM  
Blogger Suhaimi said...

berehat la pulak... makin best aa futsal.. laju, semua sudah pandai main pass sana sini...

4:16 PM  
Blogger Juraimee said...

lalallalallaaaaa...... bukan ko makan tuh lebih dari yg ko buang ker? ngeeee.....

12:07 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home