Friday, August 20, 2010

cakap siang pandang-pandang

cakap siang pandang-pandang.

wa pekena bihun sup utara sementara menunggu bas ke kuantan. orang kabo makan sup bagus utk peredaran darah. bila peredaran darah lancar, zahir dan batin dapat bertindak dan saling bekerjasama. sesuai utk wa yg punya misi dan visi ke kuantan.

atas meja depan wa terhidang semangkuk bihun sup panas, sebekas sambal cili, dan segelas air teh-o ais. sambal cili di letak dalam sup untuk memberikan rasa pedas, dan air diteguk untuk memberi keseimbangan pada rasa pedas itu.

"sekarang nie depa robohkan rumah2 haram sebab rumah2 ini mencacatkan pemandangan kl. depa campak diaorg kat flat2. kau tgk berapa byk flat2 murah kat kl. aku tgk sama jer, mencacatkan pemandang gak. mcm rumah burung merpati dah aku tgk. kat kl nie, segala rempit bohsia ragut semua.. kau tahu asal usul diaorg dari mana..."

wa mengecikkan mata wa merenung tajam mamat tu. walaupun selang dua meja dari wa, setiap butir perbualan dia wa dengar. rasa mahu saja hirup sambal cili agar wa terasa pedas.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home