Tuesday, February 01, 2011

Fesbuk, rakan lama.

Dahulu, wa memang kurang dikenali rakan.

Facebook telah mengumpulkan kami rakan sekolah rendah dan menengah. Acara ringkas diadakan, Kopitiam Bangi di Batu Caves tempat pertemuan.

Wa sampai agak lewat. Ramai, kiraan rambang dalam 30 orang. Semuanya jantan, dah tentu lah jantan, nama pun Methodist Boys School, MBS. Budak sekolah La Salle dengki, panggil kami MBS, Monkey Boys School. Suitan!

Wa salam seorang demi seorang. Ada yang salam biasa, ada yang salam dituruti dengan gengam dan calit antara dua ibu jari. Nasib baik tiada yang salam cium tangan. Waktu bersalaman, rata-rata macam kenal tak kenal. Al-maklum dekat 19 tahun tak berjumpa.

Kami duduk berborak, bersembang, berbual tentang kisah silam. Kisah cikgu displin, musuh no. 1 pelajar nakal. Kisah cikgu cantik, itu jer bahan yang kami ada. Beli sharpener bulat yang ada cermin, letak bawah meja. Kami juga bertanyakan status terkini kawan-kawan lain yang tidak hadir pada malam itu.

Salah seorang rakan duduk berdepan wa bertanya, "dulu kawan kita ada dua Suhaimi kan, Suhaimi Rahmat, Suhaimi Sujak. Mana pergi sekarang dua suhaimi tu?".

Wa yang duduk depan dia tersipu sipu malu.

Dahulu, wa memang kurang dikenali rakan sampai sekarang.

6 Comments:

Blogger makhluk ijau said...

suhaimi sujak gi main futsal mlm tue.. huhuh..

5:56 PM  
Blogger I Am The Vault Dweller said...

bila nak futsal? tanye-tanye gak aan...

11:38 PM  
Blogger Suhaimi said...

nanti kita pakat2 buat demo kat depan rumah aan, naikkan sepanduk tulih kami mahu futsal. semangat orang2 mesir kena ada dlm jiwa melayu. :)

6:12 PM  
Blogger I Am The Vault Dweller said...

sepanduk putih cam xsesuai dgn aan

10:30 PM  
Anonymous Anonymous said...

keh keh keh...sumi mmg pemalu orgnye tapi baik hati

saudi

4:59 PM  
Blogger Suhaimi said...

beliau juga tak kisah jadi badut, janji kengkawan terhibur.. hehehe

11:24 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home